CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

عائلة,ahlan wasahlan ^_^

Thursday, June 7, 2012

^^ Cinta yg terAgung ^^

* Assalamualaikum dan selamat sejahtera * 



sini, saya mahu kngsi sedikit tentang cerita yg mngkin akan menarik minat anda terhadap cinta yg teragung. Pada satu musim haji, beberapa orang ahli sufi telah berkumpul di Mekah termasuk Abu Bakar Al-Kattani dan Al-Junaid Al-Bagdadi. Waktu itu Junaid masih lagi muda tetapi merupakan ahli sufi, yang demikian beliau merupakan kalangan ahli sufi yang termuda di dalam majlis tersebut.

Mereka sedang membahaskan konsep cinta kepada Allah khususnya menurut ahli sufi. Masing-masing mengemukakan pendapat masing-masing di dalam majlis tersebut. Setelah itu mereka yang lain merasa ingin mendengar pula pendapat ahli sufi muda ini dalam hal tersebut.

"Sila kemukakan pendapatmu wahai pemuda Iraq." kata mereka kepada Al-Junaid. Maka tertunduklah kepala Al-Junaid dan bersertalah air matanya mengalir dipipinya yang kemudian mengangkat kembali kepalanya seraya berkata, 

"Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah. Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah dan bersama Allah."

Mendengar keterangan yang sangat menakjubkan itu, maka menangislah kesemua ahli sufi yang hadir dan syeikh yang hadir, lalu berkata "Tidak ada penjelasan yang lebih baik dan terang selain itu." Mereka tersangat kagum kepada Junaid kerana masih terlalu muda dan berupaya mengeluarkan perkataan itu. "Semoga Allah tetap membimbingmu wahai mahkota kerohanian," kata mereka lagi.

Firman Allah kepada Nabi Daud; 
"HambaKu yang aku cintai adalah mereka yang mencari Aku, bukan kerana takutkan hukumanKu atau hendakkan kurniaanKu, tetapi semata-mata Aku ini Tuhan"

"Tidak beriman seorang kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain." (Bukhari & Muslim) 

Tersebut dalam Kitab Zabur: 
"Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang beribadah kepadaKu kerana syurga atau neraka, kalaulah Aku tidak menciptakan syurga atau neraka, apakah aku tidak layak untuk ditaati?" 

Abu Sulaiman berkata; 
"Siapa yang hari ini (ketika hidup) sibuk dengan dirinya, maka dia itu nanti (setelah mati) akan sibuklah dengan dirinya sendiri. Siapa hari ini sibuk dengan Tuhannya, maka dia itu esok akan sibuk juga dengan Tuahnnya." 

Wahyu Allah s.w.t kepada Nabi Isa a.s.;
"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)."


Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/08/cinta-kepada-allah.html#ixzz1x9t40WqE

Monday, June 4, 2012

Apa kelebihannya-?



Assalamualaikum and good morning
sy mo bgitahu, apa klebihan solat duha? 


sbgaimna yg kta tahu, solat duha ni sunat, x wajib.. jgn lpas ni pkir duha pun wajib dlaksanakan, kalo org tym tngah bermusafir? trkejut dorang.. k,ianya sunat, amalan kekasih allah iaitu rasulullah s.a.w. 
Saban hari, kta disunatkan untuk bersedekah, betulkan? solat duha ni mksudnya kta mensedekahkan tulang-tulang yang terdapat dalam rongga badan kita, kta kena sedekahkan 1000 sehari. jdi, bgaimana caranya? dengan solat duha la kta bleh mensedekahkan tulang kita kpad 1000 amalan kebajikan jka solat duha itu diamalkan stiap hari. Subhanallah, x rsa besar ka gnjaran itu?hehe bsar kan, selain itu jga, dgn solat duha ini hati akn turut tenang, dpt menambahkan iman dan ktakwaan kta kpd Allah, dpt meringkan masalah duniawi. Ada hadis rasullulah yang mengatakan, jika kta solat duha 2 rakaat, kta akan dicatat sbagai org yg x lengah, jka kta buat 4 rakaat, kta ditulis sbgai ahli ibadat, jika 6 rakaat, mka dberikan kecukupan pda hari itu, jika 8 rakaat, mka dcatat hamba yang tunduk, jika 12 rakaat, mka Allah bngunkan baginya sbuah rumah di syurga. Knpa? x percaya ngan hadis ni? ok kita buktikan huhuhu

"Siapa yang mngerjakan solat Duha dua rakaat, maka dia tidak dicatat sebagai orang yang lengah, siapa yang solat Duha empat rakaat, maka ditulis sebagai ahli ibadat, siapa yang solat Duha enam rakaat, akan diberikan kecukupan pada hari itu, siapa yang mengerjakan solat Duha lapan rakaat, maka dicatat termasuk hamba yang tunduk, siapa yang mengerjakan solat Duha dua belas rakaat, maka Allah akan bangunkan baginya rumah di syurga. Dan tidaklah dalam satu hari dan satu malam. kecuali Allah mempunyai kurniaan yang diberikan kepada hamba-Nya sebagai sedekah. Dan tidaklah Allah memberikan sedekah kepada salah seorang hamba-Nya lebih baik daripada mengilhaminya untuk selalu ingat kepada-Nya." (Hadis Riwayat al-Thabrani)     

pcya dah kan, jdi kalo mo Allah ilhamkan kpd kita agar kta ingat selalu dkat Allah, rjin2kan lah dri untuk mlaksanakan solat duha, kalo bleh pun dlm seminggu satu hari tu kta buat pun ok dah.. ;) ..

Assalamualaikum..

Friday, April 6, 2012

~ senyumlah kita :)

Bimillahirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t ,,
insyAllah dgn izin Allah, akn sy smpaikan ilmu yg bru diperoleh sbentar tdi.



Ilmu yg akn sy smpaikan ini, berkenaan dgn kehidupan seharian kita yg bertajuk Mengharap maksum daripada yg tidak maksum. Maksum di sini bermaksud terpelihara daripada kesalahan. Sebelum itu, ingin sy tnyakan kepada anda, anda pernah dikutuk dan dicaci? Dikatakan jahil? Dikatakan jahat? Dikatakan memandai-mandai? Tersenyumlah. Bukan anda seorang sahaja yang pernah diperlekeh. Saya juga pernah. Para ulama juga pernah. Rasullulah s.a.w juga pernah. Dan Allah s.w.t pun sama. Allah s.w.t berfirman yg brmksud: "Dan jgnlah kamu memaki sembahan-sembahan yg mreka sembah selain Allah, kerana mereka nnti akn memaki Allah dgn melampaui btas tnpa pengetahuan." (Surah al- An'am 6: 108). Tatkala dkutuk, adakah anda rasa terhina, marah dan geram? Tersenyumlah. Org yg mngutuk dri kita yg tidak maskum ini mungkin ikhlas ingin mmbetulkan kesalahan kita. Namun, kta tidak perlu merendahkan akhlak diri kita dgn meniru smula caranya itu. Tahanlah diri drpda mngutuk kembali. Tahanlah diri drpada mencaci maki. Tahanlah diri drpada menghina semula. Insyallah dgn cara ini, tahap kesabaran dan keimanan kta akn sntiasa meningkat kerana ia telah melatih dri kita agar menjadi org yang bersabar dan bertakwa. Oleh itu, sama-samalah kta mengamalkan amalan mulia ini agar kta menjadi org yg sbar dan menjadi seorang mukmin yg menang, cekal serta berjaya di dunia dan akhirat.  Amin ya robal a'lamin. Sekian, yg baik itu dtgnya dri Allah dan yg jhat itu dsandarkan kpd dri saya. Maaf jika ada tersalah taip atau salah apa-apa. :)


Sekian,
Assalamualaikum w.b.t

~Renungan Bersama ^^

Bimillahirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t

hehe,, kaifa haluki au haluka ? au halukum ??
sini, sy ada nak smpaikan sdikit tazkirah yg bru sy jmpa tdi.. sy harap tazkirah ini dpt mmbri manfaat kpd kita smua ^^ .. insyAllah .. dgn izinNya ..
cerita ini brmula begini ::




Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.


Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.


Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.


Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.


Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.


Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.


Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah


Kalau semua nak tahu ...


si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah..

Jdi,, rnung2kan dri kta masing2.. jgn tym kta susah ja kta cri pencipta kita,, umpama kta lpakan rakan baik atau ibu bapa kta ktika kta brada dlm kesenangan ..

Sekian,,assalamualaikum w.b.t ^_^