CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

عائلة,ahlan wasahlan ^_^

Thursday, June 7, 2012

^^ Cinta yg terAgung ^^

* Assalamualaikum dan selamat sejahtera * 



sini, saya mahu kngsi sedikit tentang cerita yg mngkin akan menarik minat anda terhadap cinta yg teragung. Pada satu musim haji, beberapa orang ahli sufi telah berkumpul di Mekah termasuk Abu Bakar Al-Kattani dan Al-Junaid Al-Bagdadi. Waktu itu Junaid masih lagi muda tetapi merupakan ahli sufi, yang demikian beliau merupakan kalangan ahli sufi yang termuda di dalam majlis tersebut.

Mereka sedang membahaskan konsep cinta kepada Allah khususnya menurut ahli sufi. Masing-masing mengemukakan pendapat masing-masing di dalam majlis tersebut. Setelah itu mereka yang lain merasa ingin mendengar pula pendapat ahli sufi muda ini dalam hal tersebut.

"Sila kemukakan pendapatmu wahai pemuda Iraq." kata mereka kepada Al-Junaid. Maka tertunduklah kepala Al-Junaid dan bersertalah air matanya mengalir dipipinya yang kemudian mengangkat kembali kepalanya seraya berkata, 

"Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah. Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah dan bersama Allah."

Mendengar keterangan yang sangat menakjubkan itu, maka menangislah kesemua ahli sufi yang hadir dan syeikh yang hadir, lalu berkata "Tidak ada penjelasan yang lebih baik dan terang selain itu." Mereka tersangat kagum kepada Junaid kerana masih terlalu muda dan berupaya mengeluarkan perkataan itu. "Semoga Allah tetap membimbingmu wahai mahkota kerohanian," kata mereka lagi.

Firman Allah kepada Nabi Daud; 
"HambaKu yang aku cintai adalah mereka yang mencari Aku, bukan kerana takutkan hukumanKu atau hendakkan kurniaanKu, tetapi semata-mata Aku ini Tuhan"

"Tidak beriman seorang kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain." (Bukhari & Muslim) 

Tersebut dalam Kitab Zabur: 
"Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang beribadah kepadaKu kerana syurga atau neraka, kalaulah Aku tidak menciptakan syurga atau neraka, apakah aku tidak layak untuk ditaati?" 

Abu Sulaiman berkata; 
"Siapa yang hari ini (ketika hidup) sibuk dengan dirinya, maka dia itu nanti (setelah mati) akan sibuklah dengan dirinya sendiri. Siapa hari ini sibuk dengan Tuhannya, maka dia itu esok akan sibuk juga dengan Tuahnnya." 

Wahyu Allah s.w.t kepada Nabi Isa a.s.;
"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)."


Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/08/cinta-kepada-allah.html#ixzz1x9t40WqE

Monday, June 4, 2012

Apa kelebihannya-?



Assalamualaikum and good morning
sy mo bgitahu, apa klebihan solat duha? 


sbgaimna yg kta tahu, solat duha ni sunat, x wajib.. jgn lpas ni pkir duha pun wajib dlaksanakan, kalo org tym tngah bermusafir? trkejut dorang.. k,ianya sunat, amalan kekasih allah iaitu rasulullah s.a.w. 
Saban hari, kta disunatkan untuk bersedekah, betulkan? solat duha ni mksudnya kta mensedekahkan tulang-tulang yang terdapat dalam rongga badan kita, kta kena sedekahkan 1000 sehari. jdi, bgaimana caranya? dengan solat duha la kta bleh mensedekahkan tulang kita kpad 1000 amalan kebajikan jka solat duha itu diamalkan stiap hari. Subhanallah, x rsa besar ka gnjaran itu?hehe bsar kan, selain itu jga, dgn solat duha ini hati akn turut tenang, dpt menambahkan iman dan ktakwaan kta kpd Allah, dpt meringkan masalah duniawi. Ada hadis rasullulah yang mengatakan, jika kta solat duha 2 rakaat, kta akan dicatat sbagai org yg x lengah, jka kta buat 4 rakaat, kta ditulis sbgai ahli ibadat, jika 6 rakaat, mka dberikan kecukupan pda hari itu, jika 8 rakaat, mka dcatat hamba yang tunduk, jika 12 rakaat, mka Allah bngunkan baginya sbuah rumah di syurga. Knpa? x percaya ngan hadis ni? ok kita buktikan huhuhu

"Siapa yang mngerjakan solat Duha dua rakaat, maka dia tidak dicatat sebagai orang yang lengah, siapa yang solat Duha empat rakaat, maka ditulis sebagai ahli ibadat, siapa yang solat Duha enam rakaat, akan diberikan kecukupan pada hari itu, siapa yang mengerjakan solat Duha lapan rakaat, maka dicatat termasuk hamba yang tunduk, siapa yang mengerjakan solat Duha dua belas rakaat, maka Allah akan bangunkan baginya rumah di syurga. Dan tidaklah dalam satu hari dan satu malam. kecuali Allah mempunyai kurniaan yang diberikan kepada hamba-Nya sebagai sedekah. Dan tidaklah Allah memberikan sedekah kepada salah seorang hamba-Nya lebih baik daripada mengilhaminya untuk selalu ingat kepada-Nya." (Hadis Riwayat al-Thabrani)     

pcya dah kan, jdi kalo mo Allah ilhamkan kpd kita agar kta ingat selalu dkat Allah, rjin2kan lah dri untuk mlaksanakan solat duha, kalo bleh pun dlm seminggu satu hari tu kta buat pun ok dah.. ;) ..

Assalamualaikum..