CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

عائلة,ahlan wasahlan ^_^

Thursday, June 7, 2012

^^ Cinta yg terAgung ^^

* Assalamualaikum dan selamat sejahtera * 



sini, saya mahu kngsi sedikit tentang cerita yg mngkin akan menarik minat anda terhadap cinta yg teragung. Pada satu musim haji, beberapa orang ahli sufi telah berkumpul di Mekah termasuk Abu Bakar Al-Kattani dan Al-Junaid Al-Bagdadi. Waktu itu Junaid masih lagi muda tetapi merupakan ahli sufi, yang demikian beliau merupakan kalangan ahli sufi yang termuda di dalam majlis tersebut.

Mereka sedang membahaskan konsep cinta kepada Allah khususnya menurut ahli sufi. Masing-masing mengemukakan pendapat masing-masing di dalam majlis tersebut. Setelah itu mereka yang lain merasa ingin mendengar pula pendapat ahli sufi muda ini dalam hal tersebut.

"Sila kemukakan pendapatmu wahai pemuda Iraq." kata mereka kepada Al-Junaid. Maka tertunduklah kepala Al-Junaid dan bersertalah air matanya mengalir dipipinya yang kemudian mengangkat kembali kepalanya seraya berkata, 

"Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah. Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah dan bersama Allah."

Mendengar keterangan yang sangat menakjubkan itu, maka menangislah kesemua ahli sufi yang hadir dan syeikh yang hadir, lalu berkata "Tidak ada penjelasan yang lebih baik dan terang selain itu." Mereka tersangat kagum kepada Junaid kerana masih terlalu muda dan berupaya mengeluarkan perkataan itu. "Semoga Allah tetap membimbingmu wahai mahkota kerohanian," kata mereka lagi.

Firman Allah kepada Nabi Daud; 
"HambaKu yang aku cintai adalah mereka yang mencari Aku, bukan kerana takutkan hukumanKu atau hendakkan kurniaanKu, tetapi semata-mata Aku ini Tuhan"

"Tidak beriman seorang kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain." (Bukhari & Muslim) 

Tersebut dalam Kitab Zabur: 
"Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang beribadah kepadaKu kerana syurga atau neraka, kalaulah Aku tidak menciptakan syurga atau neraka, apakah aku tidak layak untuk ditaati?" 

Abu Sulaiman berkata; 
"Siapa yang hari ini (ketika hidup) sibuk dengan dirinya, maka dia itu nanti (setelah mati) akan sibuklah dengan dirinya sendiri. Siapa hari ini sibuk dengan Tuhannya, maka dia itu esok akan sibuk juga dengan Tuahnnya." 

Wahyu Allah s.w.t kepada Nabi Isa a.s.;
"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)."


Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/08/cinta-kepada-allah.html#ixzz1x9t40WqE

Monday, June 4, 2012

Apa kelebihannya-?



Assalamualaikum and good morning
sy mo bgitahu, apa klebihan solat duha? 


sbgaimna yg kta tahu, solat duha ni sunat, x wajib.. jgn lpas ni pkir duha pun wajib dlaksanakan, kalo org tym tngah bermusafir? trkejut dorang.. k,ianya sunat, amalan kekasih allah iaitu rasulullah s.a.w. 
Saban hari, kta disunatkan untuk bersedekah, betulkan? solat duha ni mksudnya kta mensedekahkan tulang-tulang yang terdapat dalam rongga badan kita, kta kena sedekahkan 1000 sehari. jdi, bgaimana caranya? dengan solat duha la kta bleh mensedekahkan tulang kita kpad 1000 amalan kebajikan jka solat duha itu diamalkan stiap hari. Subhanallah, x rsa besar ka gnjaran itu?hehe bsar kan, selain itu jga, dgn solat duha ini hati akn turut tenang, dpt menambahkan iman dan ktakwaan kta kpd Allah, dpt meringkan masalah duniawi. Ada hadis rasullulah yang mengatakan, jika kta solat duha 2 rakaat, kta akan dicatat sbagai org yg x lengah, jka kta buat 4 rakaat, kta ditulis sbgai ahli ibadat, jika 6 rakaat, mka dberikan kecukupan pda hari itu, jika 8 rakaat, mka dcatat hamba yang tunduk, jika 12 rakaat, mka Allah bngunkan baginya sbuah rumah di syurga. Knpa? x percaya ngan hadis ni? ok kita buktikan huhuhu

"Siapa yang mngerjakan solat Duha dua rakaat, maka dia tidak dicatat sebagai orang yang lengah, siapa yang solat Duha empat rakaat, maka ditulis sebagai ahli ibadat, siapa yang solat Duha enam rakaat, akan diberikan kecukupan pada hari itu, siapa yang mengerjakan solat Duha lapan rakaat, maka dicatat termasuk hamba yang tunduk, siapa yang mengerjakan solat Duha dua belas rakaat, maka Allah akan bangunkan baginya rumah di syurga. Dan tidaklah dalam satu hari dan satu malam. kecuali Allah mempunyai kurniaan yang diberikan kepada hamba-Nya sebagai sedekah. Dan tidaklah Allah memberikan sedekah kepada salah seorang hamba-Nya lebih baik daripada mengilhaminya untuk selalu ingat kepada-Nya." (Hadis Riwayat al-Thabrani)     

pcya dah kan, jdi kalo mo Allah ilhamkan kpd kita agar kta ingat selalu dkat Allah, rjin2kan lah dri untuk mlaksanakan solat duha, kalo bleh pun dlm seminggu satu hari tu kta buat pun ok dah.. ;) ..

Assalamualaikum..

Friday, April 6, 2012

~ senyumlah kita :)

Bimillahirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t ,,
insyAllah dgn izin Allah, akn sy smpaikan ilmu yg bru diperoleh sbentar tdi.



Ilmu yg akn sy smpaikan ini, berkenaan dgn kehidupan seharian kita yg bertajuk Mengharap maksum daripada yg tidak maksum. Maksum di sini bermaksud terpelihara daripada kesalahan. Sebelum itu, ingin sy tnyakan kepada anda, anda pernah dikutuk dan dicaci? Dikatakan jahil? Dikatakan jahat? Dikatakan memandai-mandai? Tersenyumlah. Bukan anda seorang sahaja yang pernah diperlekeh. Saya juga pernah. Para ulama juga pernah. Rasullulah s.a.w juga pernah. Dan Allah s.w.t pun sama. Allah s.w.t berfirman yg brmksud: "Dan jgnlah kamu memaki sembahan-sembahan yg mreka sembah selain Allah, kerana mereka nnti akn memaki Allah dgn melampaui btas tnpa pengetahuan." (Surah al- An'am 6: 108). Tatkala dkutuk, adakah anda rasa terhina, marah dan geram? Tersenyumlah. Org yg mngutuk dri kita yg tidak maskum ini mungkin ikhlas ingin mmbetulkan kesalahan kita. Namun, kta tidak perlu merendahkan akhlak diri kita dgn meniru smula caranya itu. Tahanlah diri drpda mngutuk kembali. Tahanlah diri drpada mencaci maki. Tahanlah diri drpada menghina semula. Insyallah dgn cara ini, tahap kesabaran dan keimanan kta akn sntiasa meningkat kerana ia telah melatih dri kita agar menjadi org yang bersabar dan bertakwa. Oleh itu, sama-samalah kta mengamalkan amalan mulia ini agar kta menjadi org yg sbar dan menjadi seorang mukmin yg menang, cekal serta berjaya di dunia dan akhirat.  Amin ya robal a'lamin. Sekian, yg baik itu dtgnya dri Allah dan yg jhat itu dsandarkan kpd dri saya. Maaf jika ada tersalah taip atau salah apa-apa. :)


Sekian,
Assalamualaikum w.b.t

~Renungan Bersama ^^

Bimillahirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t

hehe,, kaifa haluki au haluka ? au halukum ??
sini, sy ada nak smpaikan sdikit tazkirah yg bru sy jmpa tdi.. sy harap tazkirah ini dpt mmbri manfaat kpd kita smua ^^ .. insyAllah .. dgn izinNya ..
cerita ini brmula begini ::




Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.


Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.


Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.


Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.


Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.


Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.


Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah


Kalau semua nak tahu ...


si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah..

Jdi,, rnung2kan dri kta masing2.. jgn tym kta susah ja kta cri pencipta kita,, umpama kta lpakan rakan baik atau ibu bapa kta ktika kta brada dlm kesenangan ..

Sekian,,assalamualaikum w.b.t ^_^

Sunday, December 25, 2011

~ cara Ucap terima kasih ~


Rasullulah s.a.w bersabda : "Sesiapa yg dberikan prbuatan kebaikan kepadanya lalu dia mmbalasnya dengan mengatakan jazakallahu khoir (smoga Allah mmbalasmu dngan kbaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam mnyatakan rasa syukurnya." (HR.At-Tirmidzi)

~ AlhamduLillAh ~

> Ucap alhamdulillah sesudah makan dan mInum



Dari Anas b. Malik r.a berkata : Nabi s.a.w bersabda : "Allah sangat suka kepada hambanya yang mengucapkan tahmid (alhamdulillah) sesudah makan dan minum". (Sahih Muslim)

Friday, December 23, 2011

~ SeLaWat ~

-- Banyakkan brselawat pda hari jumaat --

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t 


Nabi Muhammad s.a.w  bersbda : "Perbanyakkanlah membaca selawat  padaku pada mlam dan hari jmaat, ssiapa yg mmbaca selawat ntukku satu kali, Allah akan brselawat kpadanya 10 kali ( Allah akn mmberi rahmat 10 kali..)"

(HR.Al-Baihaqi)

:)


Thursday, December 15, 2011

1000 kebajikan sehari?

Mampukah kita buat kebajikan 1000 sehari?

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum w.b.t


Rasulullah s.a.w baginda pernah bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari?" maka bertanya salah seorang , "bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari?" Baginda menjawab,"bacalah tasbih (menyebut subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR Muslim)
:):D



Ayat Kursi


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Di sini, saya ingin menyampaikan sedikit ilmu mengenai Kelebihan Ayat Kursi. Nabi s.a.w bersabda: "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi." (HR Bukhari)

Nabi s.a.w bersabda, "sesiapa membaca ayat kursi setelah setiap solat fardhu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian." (HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani)

Terjemahannya:
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Maha Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian mahklukNya. Yang tidak mengantuk dan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya kursi Allah(ilmunNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).(al-Baqarah ayat 255)

Tuesday, December 13, 2011

subhanallah


Assalamualaikum w.b.t,alhamdulillah shingga kini sy masih bleh menaip.. :) , sy ingin kongsi sdikit firman allah..mngkin ada yg suda tahu dan ada yg blum tahu..maka sy ingin mmberi tahu :)

Allah subhanahu wata'ala berfirman yg bermaksud: "Wahai orang-orang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada satu kaum tanpa mengetahui keadaan yang sebenar sehingga menyebabkan kamu menyesal dengan tindakan tersebut."
(Surah al-Hujurat,49:6)
subhanallah,btapa bnyaknya pngajaran yg boleh kita dapati drpada Al-Quran ini.. :)

:)


Assalamualaikum w.b.t
seorang lelaki NON-MUSLIM datang ke malaysia untuk brcuti,kebetulan pada hari tersebut mrupakan hari agama bginy,dia pun pergilah mencari gereja berdekatan tetapi tidak ditemui.

akhirnya beliau brtnya kepada seorang wanita: "saudariku,dimana Gereja yang terdekat?"

kemudian wanita itu menjawab: "maaf,saya ISLAM".

selepas itu,non-muslim tdi brkata: "ooo,saya ingat kamu adalah sbhagian dri kami(bkan islam) sebab biasanya seorang wanita islam akan pakai pnutup kepala(jilbab). maaf2,saya tadi tidak dpat mmbezakan awak islam atau kristian.

jadi,renungkan la,niat bkan ntuk mnyakiti ssiapa,hnya skadar pringatan :)

Wednesday, November 23, 2011

Tazkirah ..


Assalamualaikum,, sini sy nak wat prkongsian ilmu sikit .. Nabi Muhammad s.a.w pesan kpada isterinya iaitu Aisyah ra,,"Ya Aisyah,jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :
1. khatam al-quran
2. membuat para nabi membri syafaat di hari akhir
3. para muslim meredhai kamu
4. mlaksanakan haji dan umrah
Aisyah brtnya: "Ya Rasullulah,bagaimana aku dpat mlaksanakan 4 prkara sketika?"
Rasul trsenyum dan brsabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas 3 kali seakan-akan engkau mngkhatamkan al-quran ..

kmudian,, bacalah slawat untukKu dan para nabi sblum aku,maka kami semua akan mmberi syafaat di hri kiamat.

kmudian, bristighfar(3x) untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

sterusnya,prbanyakkanlah brtasbih,brtahmid,brtahlil,brtakbir(3x) maka seakan-akan kamu tlah mlaksanakn ibadah haji dan umrah.
sekian ntuk ingatan smua ..
*kalau rjin,tlong sbarkan kisah ini kpada saudara Muslim yg lain,,trima kasih ..
Ilmu yg brmanfaat ialah satu amal yg brkekalan(bristiqomah wlaupun sdikit) bgi org yg mngajarnya mskipun sudah mati ..

Monday, November 21, 2011

allah ..


Assalamualaikum,,alhmdllah kta brjumpa kmbali .. huh,,sy dah tempuhi mcam2x cbaran yng mndatangi sy pda thun 2011 ini,,huh..sungguh mncabarkan juga,,:) .. sperti biasala,,ada cbaran yng menydihkan dan ada juga cbaran yng mnggembirakn..btul x? baiklah.. hari ini  21 november 2011,,hrm..excel,,alhmdulillah sy lulus,mmuaskn jga kputusan sy, skarang ini sy nak britahu korang satu hadis yng mngatakan bahawa

"sesungguhnya apabila aku menasihati kamu,,bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu,,bukan juga paling soleh dalam kalangan kamu,,kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri,,seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,,nescaya tidak akan ada pendakwah,,maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"
(Imam Hasan Basri)

so,what do u think? is that right?? for me,,of course it's right .. hah jdi,,saling ingat2x la kta ni ya,,agar tdak lalai,, :):D

Thursday, March 17, 2011

SUBHANALLAH YA'JUJ DAN MA'JUJ !

kisah tntg ya'juj dan ma'juj
kaum Yakjuj dan
Makjuj ini adalah anak Adam juga, iaitu dari keturunan Yafits bin Nuh
a.s. Mereka ini dikatakan berjumlah begitu ramai, iaitu 9 kali lebih
ramai berbanding bilangan manusia di atas muka bumi. Umur mereka pun
panjang-panjang, membolehkan mereka beranak-pinak begitu ramai sebelum
mereka mati. Mereka juga dikatakan begitu kuat dan hebat, hinggakan
seluruh manusia di bumi tidak terdaya mengalahkan mereka. Namun mereka
akhirnya akan mati bergelimpangan akibat serangan “ulat”. Walaupun
mereka ini hebat dan kuat (hampir pasti juga mereka ini berteknologi
canggih), mereka tidak dapat memecahkan tembok Zulkarnain menggunakan
segala kepakaran dan teknologi yang ada selagi Allah tidak mengizinkan.

SUBHANALLAH ,, TKUTNYER ,, :(( ,,
suda la kaum mereka lbh bnyak brbanding sume manusia ni ,, huhu :'( ,, harap2 Allah melindungi kite sume aminn :)

Monday, March 14, 2011

JGN SALAH SNGKA KPDNYA ,,

Kdg2 kita berdoa tuk kuat ,, tpi bnyak dugaan yg dtg ,,
kdg2 kita berdoa kita minta cerdik ,, tpi masalah pula yg brtandang ,,
kdg2 kita minta kebahagiaan .. tetapi ,, huru-hara pula mnjelang ,,

dugaan mnjadi mental kita kuat ,
masalah mnjadikan kita brfikir ,,
hura hara mnjadikan kita tabah ,,
SUBHANALLAH !
Betapa hebatnya ALLAH !
semua aturannya ada hikmah trsembunyi ,, :)


cinta pda bunga ,,
bunga akan layu ,,
cinta pda manusia ,,
manusia akan mati ,,
tpi cinta kpd ALLAH ,,
adalah cinta yg kekal abadi ,, :)

Sunday, March 13, 2011

MASYA-ALLAH ,,...

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam
terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis, beliau menangis selama 300
tahun. Nabi Adam tidak mengangkat
kepalanya ke langit kerana terlampau
malu kepada Allah swt.
Beliau sujud di atas gunung selama
seratus tahun. Kemudian menangis lagi
sehingga air matanya mengalir di
jurang Serantip. Dari air mata Nabi
Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu
manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor
burung telah meminum air mata beliau.
Burung itu berkata, “Sedap sungguh air
ini.”
Nabi Adam terdengar kata-kata burung
tersebut. Beliau menyangka burung itu
sengaja mengejeknya kerana perbuatan
derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan
Nabi Adam semakin hebat menangis.
Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu
yang bermaksud, “Hai Adam,
sesungguhnya aku belum pernah
menciptakan air minum yang lebih lazat
dan hebat dari air mata taubatmu itu.”
Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam
manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan
tanya dua perkara semasa nafas keluar
dan masuk. Pertanyaan itu ialah, “Apa
perbuatan yang kita lakukan semasa
nafas itu keluar dan masuk ?
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang
berlainan :
Cahaya yang pertama seperti bintang-
bintang.
Cahaya yang kedua seperti cahaya
bulan.
Cahaya yang ketiga seperti cahaya
matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ?
Lalu dijawab :
“Cahaya yang pertama ialah cahaya
wajah-wajah manusia yang ketika di
dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan
dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka
yang mengambil air sembahyang sebelum
azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya
mereka seperti matahari. Mereka di
dunia sudah bersiap sedia di dalam
masjid sebelum azan lagi.”
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor
binatang dari neraka jahanam yang
bernama “Huraisy” berasal dari anak
kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya
pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : “Hai
Huraisy! Engkau hendak ke mana dan
siapa yang kau cari?”Huraisy pun
menjawab, “Aku mahu mencari lima
orang.
Pertama, orang yang meninggalkan
sembahyang. Kedua, orang yang tidak
mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang
yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang
dunia di dalam masjid. Kelima, orang
yang suka minum arak.”

SUBHANALLAH !

Jibril AS, Kerbau, Kelawar & Cacing Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau. Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar. Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah. Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

KEBESARAN ALLAH

RENUNG-RENUNGKANLAH BERSAMA ,, .....


INGAT LA WAHAI UMAT2 ISLAM ,,
     hari kiamat suda mulai dekat ,, tanda2nya pon suda kelihatan ,, jadi ,, apakah yg harus ditunggu2kan ? adakah kamu tidak takut dengar hari pembalasan ? sementara pintu taubat dibuka ,, jadi apa lagi ? rebutlah peluang ini .. bertaubat la kamu wahai umat islam ,, dan ingat la ,,
                                   
~ Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
~ Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
~ Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
~ Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya....
 
jadi ,, ingat la wahai org2 yg beriman ,, janganlah kamu bersangaka buruk terhadap Allah subhanahu wata'ala ,, kerana Allah itu Maha Pengasih dan Maha penyayang ,,
 
sabda nabi s.a.w ,,
sentiasalah kamu mmperbaharui iman dihati kamu ,,
lalu shabat baginda brtanya ,,
bagaimanakah caranya ya rasulullah ? ,,
baginda mnjwab ,,
sentiasalah kamu menyebut ,,
               .......  IMAN .....
SUBURKAN IMAN DENGAN ZIKRULLAH